Sunday 12 June 2011

Dunia Allah Dan Nikmatnya

  • Malaysia...  Negara kita yang diangkat sebagai negara islam lagi makin pesat dan maju. Kita dilahir,membesar dan bepijak. Dibumi Allah ini dengan sebebasnya,juga kita mengenali segenap ilmu dan dunia. Semuanya kerana Allah Swt dan ciptaannya. Sebagai negara islam,kita lihat banyak pembangunan dan peningkatan yang kita dapat dan rasa sebagai penghuni bumi Allah ini. Kemudahan,bangunan pencakar langit,tempat menimba ilmu,kereta2 mewah,rumah2 besar,hotel betaraf 5 bintang,peluang pekerjaan dan pantai juga tempat riadah yang begitu cantik.. Dan tak kurang hebatnya teknologi kita yang semakin maju. Dengan adanya kemudahan melayari internet,radio dan tv yang begitu baik. Dan memberi kita ilmu,pengetahuan,jamuan mata dan otak untuk meluaskan lagi dimensi hidup kita. Di arus pembangunan dan peningkatan negara kita ini,sebenarnya kita kurang jelas akan keburukan yang kita akan timba dan peroleh. Dari aspek Pembangunan dan peningkatan,contoh seperti tempat ilmiah,universiti,klcc,klia,menara kl,hotel hotel,pusat hiburan. Dari sinilah kita dapat ilmu dan kebanggaan. Dari sini juga kita mengenali maksiat,pergaulan bebas,menongang arak,kes rogol,buli,hotel jadi port pulak melempias nafsu dan serakah,dan pelacuran.. Juga penetapan pemakaian yang tidak disaran islam. Contoh,bila nak mandi kolam dihotel kita wajib memakai bikini dan underwear. Sedangkan ini negara islam. Salahke menutup aurat dan berenang??? tidak kan...  Juga bila hendak ke klcc atau sebagainya. Kita takkan nak pakai baju melayu dan baju kurung. Sah2 la kena gelak,dah tentulah kita pakai skinny,skirt,singlet,dan baju tebelah dada,dan tudung ala ala datin yang terkeluar jambul perangnya.  Sebab nak ikut standart tempat katanya. Kita malu dengan orang. Takut dikutuk dan dikata tak up to date pula. Tapi kita tak malu dengan Allah swt yang sentiasa melihat kita. Masyallah... Bila negara maju,peluang pekerjaan memang banyak,tapi yang hairan banyak yang menetapkan pemakaian skirt dan kebaya belah. kenapa tidak disaran baju kurung,kenapa yang cina tidak disaran chongsam,dan india sari. Baru 1 Malaysia kan??? tapi mustahil,nanti digelak pula. disini Kita lihat kita dijajah dalam kemajuan yang kita cipta. Dulu dulu pantai dan tempat riadah ni jadi tempat reakrasi keluaga,kini sudah jadi port edisi2 menyelak kain dan maksiat.. Masyallah... Amat berani kita ni kan.  Di aspek aset pula. Kita lupa akan nikmat Allah,yang beri semua rezeki kita. Kita bermegah dengan kereta mewah kita. Rumah yang bagai istana,tapi bila fakir dan ada orang meminta,kita akan kata,pemalas tahu mengemis je. Pergilah kerja. Sampai ada yang nak bayar zakat pun lupa. Ini ke tanda orang besyukur?? Anda nilaikan.. Ditahun 2011 ini juga,kita lihatlah teknologi memang hebat. Internet meluas dengan pesat. Dan disaran kerajaan 1 rumah 1 laptop atau pc. Punya lah kerajaan saran. Kita pun dok ikut la. Nanti ketinggalan dan kolot pula. Mula mula ilmu jadi pencarian. Datang Kawan terus kata. <Buat facebook la,tagged ke,ym ke. Yang kau duk asyik sangat cari ilmu buat apa>. <Games lagi best2 la.> <janganlah kolot sangat> Kita pun mula duk belajar buka akaun semua tu. Upload la gambar2 yang kita perasan lawa dan hots tu,orang tertarik kenal dan bekawan dengan kita. Tak kira la bini orang ke,janda ke,laki orang ke,budak sekolah ke. Add kan aja. Asal ada request friend mulalah senyum lebar. Gambar dah diupload. Mulalah mamat2 dan gegurl2 likes dan coment. Ada yang baik ada yang buruk. Tapi yang bnyak kita lihat coment2 yang top. (u hots la,geram i tengok,u ni memang cantik dan sexy la,u ni walaupun dah anak 3 masih kacak taw.) Punyalah bangga n happy. Sampai lupa aurat diri  dan si dia islam. Lantas makin diupload gambar yang lebih menghairahkan. Untuk jadi pehatian. cuba letak gambar yang sopan dan betudung.. Suramlah jawabnya,susa nak dapat likes pun. Kini Gambar dengan balak dan awek pula diupload,peh lentoq sana,peluk sini,dan sentiasa di status dia (beby,syg,papa,i love u,mis u sangat2 taw..)  Nauzubillah. Nama mak ayah tak pernah disebut,ada pun jarang... Tak kurang hebat lagi yang jadi punca keretakan rumah tangga,ditipu duit dan sebagainya. Dan main games yang dah memang sah2 ada unsur judi dan yahudi... Radio,satu teknologi yang dulu kita hanya mendengar suara penyampainya saja. Tidak kenal gerangannya. Bak kata lagu,<hanya di radio ku mendengar suaramu,suara emas,ingin aku ketemu>... Lebih kurang macam tu la. Tapi sekarang mereka lagi terkenal dan diagung2 oleh kita lebih dari Nabi Muhammad,Nabi Nabi Dan Rasul. Mereka bekata tanpa had. Sampai ada program yang mengaibkan dan mengenakan orang. Allahuakhbar... Fuh canggih gila kan?? Ha,tv pulak. Sekarang tv pulak makin nipis,makin cantik gambarnya. 3d lagi,hd tu. Dah jadi wajib plak disetiap rumah nak tv nipis tu. Ditambah dengan kacamata 3d pulak. Cantik gila gambar,macam real. Dah taknak pakai dah kurniaan Allah yang sempurna ni. Nak ada kacamata 3d dulu. Tengok pakai mata tak best la. Masyallah...,dibelakangkan pula kurniaan Allah Swt yg sempurna tu. Bila dah tv hebat ceritanya lagi lah hebat2,macam2 cerita. Menjolok mata,dari seberang,dari hollywood,bollywood dan yang paling buat kita tak bangun n begerak sekarang demam cerita filiphina. Marimar dan sebagainya. Dah hampir sama dengan pengaruh cerita sukan seperti bola sepak. Yang amat hebat mempengaruhi kita,tidak kira lelaki atau wanita. Sampai solat entah kemana. Artis barat mahupun yang local dah jadi kegilaan kita,sampai hilang akal dan iman kadang kadang melihat aksi artis kegemaran kita... Yang amat  memelikkan,cerita2 gini time2 waktu sembahyang pulak tu ditayang. Kenapa tak tayang cerita ilmu islam,syarahan agama,bacaan Alquran time ni? Azan pun da makin kurang,berita negara lagi penting agaknya. Oh,lupa saya kan kita 1 malaysia. Melenting pula nanti orang lain.. Nanti anak anak yang tengah membesar tak kenal pulak pm,dan menteri menteri mereka pula.. Ya Allah.. Siapa ye yang kawal media kita??? ha,sendiri paham kan... Kelebihan yang diberi,nikmat yang dinikmati,kekayaan yang dimiliki dibumi ini. Telah menenggelamkan kita. Telah melemaskan kita. Kita maju dan membangun,dalam masa yang sama kita semakin hanyut dek arus kemajuan,kepesatan,kelebihan yang dipinjamkan Allah kepada bumi dan umatnya. Jauhnya dah kita dan bumi kita ni merentasi masa dan alpa. Subhanallah... Kepada muslimin dan muslimat. Buka mata,akal,jiwa,batin,naluri,dan hati kita pandangi,halusi,nilaikan,timbangkan,dan buatlah keputusan untuk diri anda sendiri dan orang lain. Samada syurga,kebaikan dan kesejukan. Atau neraka,kehinaan dan kepanasan.... Didalam hadis dan Al-Quran juga Allah dan Nabi kita menyatakan azab,pembalasan,dan keperitan yang ditanggung umat yang tidak mengikut suruhan dan jalannya. Disini saya sertakan terjemahan ayat Al-Quran yang membuktikan kekuasaan Allah ini.                                 ^Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.QS A-LI'IMRAAN 86^  ^Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). QS AL-BAQARAH 22^ Disini juga saya akan menjelaskan beberapa maksud ayat Al-Quran tentang azab dari Allah kepada orang yang kufur padanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                       ^Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras^. 
^Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya; dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya^. 
^Dan mereka ditimpa laknat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan mereka ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: kaum Nabi Hud^. (QS HUD 58,59,60)... Marilah sama sama kita taubat dan mensyukuri nikmat dan pemberian Allah Swt pada kita,tiada manusia sempurna,cuma terlalai sahaja kerna bisikan syaitan dan kemewahan. Saya mencipta karya Dunia Allah Dan Nikmatnya ini kerna Allah semata mata,bukan kerna ingin menuding jari,menghentam sesiapa atau untuk keuntungan dunia. Akan tetapi kerna untuk menyedar diri,saudara,dan semua umat Muhammad... Dan untuk Kejayaan DUNIA AKHIRAT buat semua.. Moga Allah menitipkan lagi ilham kepada saya.. Insyallah.  Create by irwanshah 12.6.2011. 19.13.. P/s: SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KEUNTUNGAN DUNIA!